.

Photobucket

Rabu, 12 Januari 2011

Kau Umpama Sebutir Embun




Sayu dan sendu terukir dan terpahat di hati.
Semoga Perginya Dirimu memberikan manafaat buat semua Dalam mencari ilmu buat bekal diri dan membentuk akhlak dan peribadi menjadi muslim sejati.

Wahai embunku,
aku tetap mengasihi dan menyayangimu,
meski kini embunku berlalu pergi tanpa relaku.
Kasih luhurku buat mu hanya terungkap didalam doa saban waktu.

Dan wahai embunku,
engkau tetap aku tunggu disetiap dinihari
sehingga berakhirnya hayatku ini.
Selama yang aku kenali,
engkau memang selalu hadir di setiap dinihari sahaja,
maka waktu yang sama aku telah sedia menunggu.


Jika lembut hatimu dan kasihmu masih subur,
carilah juga orang yang kasih padamu pada waktu sama,
diketika permata rahmat turun ke bumi.