.

Photobucket

Sabtu, 08 Januari 2011

YANG TERSEMBUNYI



Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini,Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini, Aku rindu padamu
Tulus sanubari Menantikan hadirmu
Hanyalah kau jejaka pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

Apa Itu Cinta??





Cinta Adalah Kekuatan
Yang mampu
Mengubah Duri Menjadi Mawar
Mengubah Cuka Menjadi Anggur
Mengubah Sedih Menjadi Riang
Mengubah Amarah Menjadi Ramah
Mengubah Musibah Menjadi Muhibbah...
Itulah CINTA..


Sekalipun Cinta Telah Ku Huraikan
Dan Aku Jelaskan Panjang Lebar
Namun Jika Cinta Yang Mendatangi Ku
Aku Jadi Malu Pada Diri Sendiri
Itulah CINTA..

Meskipun Lidah Ini Mampu Menguraikan
Namun Tanpa Lidah Ini
Cinta Ternyata Lebih Terang
Sementara Pena Dijari
Ingin Menceritakannya
Itulah CINTA..

Kata-Kata Akan Menjadi Pecah Berkeping-Keping
Apabila Ianya Sampai Menjadi Kata Cinta
Dalam Menghuraikan Cinta
Akal Ini Seakan Terbaring
Seperti Burung Yang Jatuh Kedalam Lumpur

Itulah CINTA...

TAHAJJUD CINTA YANG BERSUJUD




Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak
Cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna
Hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padamu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahi ku rahmat kasihmu
Dalam tahajjud cinta bersujud

PESANKU





Andai Suatu Saat Adik Hilang Daripada Pandangan Aa,Usah Aa Cari..
Kerana Adik Tak Pernah Meninggalkan Aa..
Andai Suatu Masa Adik Berhenti Menghubungi Aa..
Usah Aa Gusar Kerana Mungkin Adik Perlukan Masa..
Andai Suatu Saat Adik Mengalirkan Air Mata..
Usah Aa Usap Kerana Adik Ingin Membasuh Sedikit Rasa Cemburu..
Namun Andai Suatu Saat Aa Hilang Dari Pandangan Mata Adik..
Adik Akan Sentiasa Mendoakan Kebahagiaan Aa..
Andai Suatu Saat Aa Berhenti Menjawab Panggilan Adik..
Ingatlah Bahawa Adik Selalu Ada Saat-Saat Aa Memerlukan Adik..
Andai Suatu Masa Aa Tersenyum Bahagia..
Adik Juga Akan Tersenyum Gembira..
Cuma Pesan Adik..
Andai Suatu saat Sedang Aa Memerlukan Adik & Adik Ngak Bisa Ada Untuk Membantu..
Usahlah Aa Binggung & Ragu..
Bukan Kerana Adik Membenci Aa..
Tapi Kerana Adik Takut Akan Menyakiti Diri Aa..




Cinta hanya akan indah pabila berpondasikan kasih sang pencipta….
Karena Cinta berasal dari-Nya…
Dan cinta yg paling utama adalah cinta kepada sang pencipta cinta…

Pagi yang cerah ketika bersamamu
malam yang indah ketika mendengarkan suara mu
hati yang bahagia ketika memiliki mu selamanya

Mengenalmu adalah suatu anugerah
Menyakitimu adalah suatu larangan
Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan
Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan

PERINDU YANG SUNYI




Dalam Meniti Usia Yang Berjalan
Ku Temui Ketenangan Semalam
Alangkah Indah Dalam Ingatan
Ingin Ku Kembali Ke Zaman Silam
Mengayam Segala Kebahagiaan
Bersama Jejaka Putera Idaman..
Menyemai Kata Bahagia..
Biar Ia Sentiasa Ceria..
Biarpn Selat Melaka Memisahkan Kami
Dalam Sebidang hati
Walapn Masa Berlalu Pergi
Mengusik Tasik Kenangan ku
Menjadikan Aku Perindu Sunyi
Yang Melalui Liku Hidup Yang Sepi

RASA YANG KU TAHU





Aku Tahu..
Ada Cintamu Di Setiap Hela Nafasku
Aku Sedar..
Ada Rinduku Di Setiap Langkahmu
Aku Mengerti..
Ada Ketulusan Mendampingimu
Semua Itu Aku Rasakan Dari Gerak Hatiku
Kau Selalu Sabar Untuk Bisa Membahagiakan
Kau Tak Pernah Ingkar Dalam Kesetiaan
Tak Mungkin Ketemukan Cinta Seindahmu